VITAMIN B COMPLEX
' B ' for beauty
VITAMIN PALING BAJET SET KECANTIKAN
KHUSUS UNTUK WANITA
Kita memerlukan vitamin dan
mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk
kekal sihat adalah vitamin B kompleks.
Vitamin B kompleks adalah
merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks
terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin
Setiap komponen dalam vitamin B
kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem
pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel
darah merah dan mampu mencegah anemia.
Kekurangan vitamin B kompleks
boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan
meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan
pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B
kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori.
Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan
menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang
konsentrasi dan mudah tersinggung.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan
berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit
beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada
kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan
mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan
fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti
sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan
protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses
dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan
berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di
rambut.
4. Membantu meningkatkan
konsentrasi.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk
pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah
rendah).
No comments:
Post a Comment